Thursday 3 March 2016

    Panduan Berhenti Ketika Kecemasan



     A. Terpaksa Berhenti di Lebuhraya:

    - Berikan isyarat dan susur keluar di bahu lebuh raya dengan perlahan.

    - Lampu hadapan dinyalakan rendah pada waktu senja, malam dan hujan.

    - Nyalakan lampu sebelah dalam kenderaan dan lampu isyarat kecemasan.

    - Jika kenderaan berhenti di selekoh atau atas puncak bukit dan kawasan bahaya, keluarkan
    penumpang jauh dari aliran lalu lintas.

    - Pastikan peralatan kecemasan diletakkan dalam jarak 5 meter di belakang kenderaan.

    - Angkat bonet dan dapatkan bantuan.

    B. Cermin Hadapan Pecah:

    - Perlahankan kenderaan, jenguk melalui tingkap dan berhenti di tempat yang selamat.

    - Rentang gebar atau kain atas papan pemuka dan letakkan serpihan kaca atas gebar atau kain
    berkenaan.

    - Lindungi mata dengan memakai kaca mata.

    - Gantikan cermin hadapan yang pecah dengan segera.

    C. Menghadapi Kemalangan:

    - Had laju yang rendah boleh mengurangkan daya impak. Hala ke arah bahu jalan di sebelah kiri
    dan pandu keluar dari jalan raya.

    - Bunyikan hon dan nyalakan lampu hadapan. Jangan cuba membelok ke sebelah kanan kerana
    pemandu kenderaan mungkin terkejut dan melanggar anda.

    Cara Menjaga Tayar Kereta Yang Mudah


    TAYAR komponen paling utama dan terpenting bagi sesebuah kenderaan. Jika rosak, ia boleh menyebabkan kemalangan, sekali gus mengancam nyawa pemandu dan penumpang tanpa diduga.

    Cuba periksa tayar kereta anda. Perhatikan di antara satu bunga tayar dengan satu bunga tayar lain terdapat satu penyambung. Jika penyambung itu mempunyai ketinggian yang sama dengan bunga, ini bermakna ia perlu ditukar dalam tempoh tiga hingga empat bulan, bergantung kepada sekerap mana anda menggunakan kenderaan.

    Berikut beberapa panduan apabila anda mahu menukar tayar kereta.

    PERTAMA

    Pilih saiz yang sesuai dengan keupayaan kereta kita. Sebagai contoh, jika Proton Wira 1.3 dan hendak menggunakan sport rim, cukuplah setakat saiz rim 14 inci kerana jika menggunakan saiz 15 inci, kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedometer tidak merekodkan bacaan tepat, semua peralatan penyerap hentak akan lebih pendek jangka hayat.

    KEDUA

    Selepas mendapat saiz sesuai,Perhatikan di bahagian tepi tayar. Terdapat satu rangkaian nombor yang dicetak tenggelam ke permukaan tepi tayar. Sebenarnya rangkaian nombor ini memberikan kita maklumat mengenai tarikh tayar dikilangkan (minggu dan tahun).

    Maklumat ini kita boleh gunakan untuk tujuan keselamatan. Mengikut piawaian tayar antarabangsa, ia hanya boleh bertahan selama dua tahun selepas dikilangkan.

    KETIGA

    Mengenai saiz, cuba perhatikan rangkaian nombor dan huruf yang tercetak timbul di permukaan tepi tayar. Sebagai contoh 205/50 VR 16 bermaksud tayar itu mempunyai kelebaran 205 mm, ketebalan (dari rim ke permukana jalan) adalah 50 peratus daripada kelebaran 205 mm dan untuk kegunaan rim bersaiz 16 inci. Huruf VR bermaksud, tayar itu sesuai untuk kelajuan sehingga 240 km/j tanpa menjejaskan kekuatan dan ketahanan tayar.

    KEEMPAT

    Kebanyakan kita lebih suka memilih tayar import. Bagaimanapun, kebanyakan tayar berkenaan dibuat berdasarkan iklim dan apabila digunakan di Malaysia yang panas terik, jangka hayatnya lebih pendek.

    KELIMA

    Tayar sepatutnya ditukar kedudukannya setiap tiga bulan. Caranya, tayar depan kiri ditukarkan ke kanan belakang dan tayar depan kanan ditukarkan ke kiri belakang.

    KEENAM

    Sekiranya kadar kehausan bunga di bahagian tepi kiri dan kanan lebih cepat berbanding di tengah, ini bermaksud selama tekanan angin tayar kurang.

    Tips Memandu Ketika Waktu Hujan



    Memandu ketika hujan lebat memberi kelebihan serta kesan baik untuk sistem penyejukkan, tetapi pada masa yang sama pandangan pemandu kurang jelas manakala permukaan jalan yang basah dan licin boleh mengakibatkan peratusan kemalangan yang tinggi.

    Ada tiga aspek sebagai panduan jika berdepan situasi sedemikian. Aspek pertama berkaitan kenderaan yang dipandu, Iaitu:- 

    Pastikan tiada kebocoran pada bahagian bawah kenderaan 
    Semua pintu mempunyai dakapan (seal) yang baik
    Pastikan tiada kebocoran pada bahagian injin, kotak gear, galas dan bearing. Ini kerana air boleh memasuki bahagian yang bocor akibat tekanan arus tinggi dan ketika meredah jalan dinaiki air 
    Sistem klac, sistem brek serta brek tangan dalam keadaan baik 
    Keadaan bunga tayar yang baik bagi cengkaman sepenuhnya 
    Pengelap (wiper), horn dan sistem elektrial iaitu bahagian lampu depan dan lampu kenderaan mestilah berfungsi dengan baik 

    Aspek kedua berkaitan langkah yang perlu diambil oleh pemandu ketika meredah jalan yang dinaiki air, Iaitu:-

    Beri laluan kepada kenderaan berat dan anggarkan ketinggian air yang diredah dengan melihat had tinggi tayar 
    Sekiranya paras air dibawah satu kaki, pemanduan boleh dilakukan tetapi pemandu perlu memendu secara perlahan. Ini bagi mengelakkan percikkan air membasahi injin khususnya bahagian sistem penyalaan 
    Elakkan memendu laju kerana ia boleh menyebabkan bahagian injin dibasahi air dan pengguna jalanraya lain, khususnya penunggang motosikal dan pejalan kaki terkena tempias atau percikkan 
    Selepas meredah jalan dinaiki air, elakkan terus memendu laju kerana sistem brek tidak berfungsi sepenuhnya berikutan permukaan brek yang basah. Bagi mengatasi masaalah ini ada beberapa panduan yang boleh dipraktikkan iaitu:
    Gunakan gear 1 dan 2 bagi kenderaan menggunakan sistem gear manual dan gear 1 bagi sistem automatik 
    Tekan pedal brek serentak dengan pedal minyak bagi menghasilkan kepanasan pada permukaan brek 
    Bagi kenderaan pacuan 4 roda, gear automatik sama seperti gear manual. Hadkan kelajuan antara 5 hingga 15 kmj dan jarakkan kenderaan anda dengan kenderaan dihadapan. Proses ini akan mengeringkan permukaan brek 
    Uji tindakkan diatas berulangkali pada jarak 20 hingga 30 meter sahaja 
    Uji sistem brek pada kelajuan 20 kmj
    Sekiranya brek gagal berfungsi, ulangi proses diatas. Selepas itu uji lagi sistem brek sehingga prestasinya memuaskan sebelum memandu laju

    Tips Membeli Spare Parts






    Untuk pengetahuan semua, sekarang ni di pasaran terdapat sekurang-kurangnya lima grade spare part.
    1. Spare part original daripada negara pengeluar seperti Jepun dan UK. Biasanya harganya sangat mahal dan hanya boleh didapati daripada pengedar yang sah. Barangan ini sangat berkualiti dan terjamin ketahanannya. Biasanya penjual akan memberi jaminan terhadap barangan ini.

    2. Spare part original tetapi dibuat di Malaysia dibawah lesen pengeluar. Harganya murah sedikit berbanding dengan barangan ‘1′ di atas. Kualiti terjamin dan biasanya diberi jaminan oleh penjual.

    3. Spare part tiruan yang dibuat di Malaysia atau di negara lain yang mana harganya sangat murah tetapi kualiti dan ketahanan barang tidak dapat ditentukan.

    4. Spare part recon. yang di recon di Malaysia. Barangan ini sangat merbahaya kerana ia boleh menyebabkan kerosakan yang teruk kepada injin kereta sekiranya kita menggunakannya. Harganya seperti barangan ‘2′ di atas dan perbezaan barangan sangat sukar dilihat.

    5. Spare part secondhand (kedai potong). Barangan ini boleh dikatakan
    100% original tetapi terpakai. Harganya boleh dikatakan separuh daripada harga barangan ‘1′. Kualiti bergantung kepada jenis barangan dan kenderaan. Biasanya penjual akan memberikan jaminan yang terhad untuk barangan ini.

    Bagaimana nak mengenali barangan ini kesemua barangan ini. Kami akan menerangkan tentang perbezaan barangan 1, 3 dan 4.

    Kita ambil contoh, Timing belt. Timing belt original (1) jika kita pegang, kelembutan getah beltnya dapat kita rasa, kekemasan barangan dapat kita lihat dari segi cetakan nombor part dan satu cara untuk mengujinya, gunakan kuku tangan kita dan cuba kikis cetakan nombor part pada belt. Kalau boleh keluar cetakan nombor itu maka ia adalah barang ‘3′. Tapi kalau kuku kita yang nak tertanggal, ia barangan ‘1′ atau ‘2′. Selepas menggunakan barangan ‘3′ selama 3 bulan atau lebih, biasanya kita akan mendengar bunyi seperti belt longgar dan biasanya mekanik akan cuba untuk adjust. untuk timing belt belum pernah pihak kami jumpa barangan ‘4′.

    Berhati-hati dengan penjualan minyak injin murah kerana minyak itu biasanya adalah minyak recycle atau recon. Bukan minyak saja, plag, absorber, klutch plate, brake pad, oil filter, air filter. Minyak injin biasanya akan melekit bergantung kepada kadar kelikatannya tetapi minyak recon kalau kita rasa kita akan dapati ianya kurang melekit dan berbau seperti benda terbakar.

    Untuk absorber, cuba perhatikan dibahagian steel berkilat yang masuk ke dalam absorber. Kalau absorber dah rosak atau oil sealnya dah bocor, minyak akan keluar melalui 4 lubang di sekeliling batang absorber tersebut. Tapi absorber recon, lubang tu dah di tutup oleh skru atau bebenang untuk kegunaan skru seperti absorber adjustable. Klutch plate pula kia dapat lihat perbezaan warna dan keusangan di antara pepaku atau rebet yang digunakan untuk melekatkan pad klutch dengan pepaku/rebet asal. Plag tidak dapat dikesan perbezaannya tetapi selepas menggunakannya pasti kita akan tahu kerana plag recon, jangkahayatnya tidak lama.

    Disini tidak dapat diterangkan dengan lebih lanjut kerana perbezaan antara barangan 1, 2, 3 dan 4 cuma boleh dilihat sekiranya terdapat dua barangan yang sama jenis tetapi berlainan kategori.

    Akhirnya, pastikan sebelum membeli spare part, tanya penjual samada barangan yang hendak dibeli adalah barangan 1, 2, 3 atau 4. Dicadangankan beli barangan 1 atau 2 walaupun harganya mahal sedikit tetapi ianya dapat menjimatkan kita dalam jangka panjang.

    Tips-Tips Mengenali Sport Rim Kereta

    Secara basic, langkah pertama dalam pengubahsuaian kenderaan biasanya bermula dengan menukar Rim tayar standard kepada sport rims. Sebabnya, dengan hanya menukar sport rimsahaja perwatakannya sesebuah kereta terus berubah dari wajah standard kepada nampak lebih garang dan nampak racing .. Atau dari wajah standard kepada nampak lebih klasik atau lebih kearah VIP.



    Antara kelebihan menggunakan rim sport ialah memantapkan kenderaan terutama ketika mengambil selekoh memandangkan tayar yang berukuran lebih lebar. Pemasangan rim sport juga meningkatkan keyakinan pemandu ketika membrek memandangkan kenderaan sentiasa berada pada kedudukan yang cukup seimbang.

    Tips-tips memilih sport rim kereta

    1-Perkara utama, itu, pastikan rim yang ingin dibeli benar-benar sesuai dengan spesifikasi kereta. Biasanya pemilik akan menukar 2 inci ke 3 inci lebih besar daripada saiz rim asal
    Kalau kereta cc 1.3 (sport rim digunakan 14 inci )
    Kalau kereta cc 1.3-1.6 (sport rim digunakan 15 inci )
    Kalau kereta cc 1.6-2000 (sport rim digunakan 16 inci )
    Pastu kalau kereta 2000cc above pakai la suka hati korang ..tapi max sampai 21 inci.



















    2-Sila dapatkan nasihat daripada kedai tayar untuk mendapatkan saiz rim dan tayar yang sesuai untuk kereta anda. Pastikan lebar rim sesuai dengan tayar yg nak digunakan tidak banyak berbeza dengan ukuran asal apabila anda menukar rim asal dengan rim sport. 
























    3-Pastikan tayar yang dipasang sesuai dengan ruang tayar pada kereta. Sebagai contoh kalau guna Sport rim besar tentu tayar tukar size besar gak.. sagat tetap akan sagat pada body, boleh rosak bunga tayar.. Pandai-pandai lah korang yerr ketuk fender tu bagi rata..
    Sebelum membeli sport rim kita perlu menganggar ukuran antara rim dengan tayar kereta bagi mengelakkan tersalah membeli rim.


















    Cara mengukurnya ,
    -first betulkan kedudukan tayar dalam keadaan lurus, ukur ketinggian maksimum antara tanahdengan ruang tayar.
    -Pasang sport rim dan tayar kemudian lihat samaada masih ada ruang lagi tak antara tayardengan absober spring supaya tidak bersentuhan dengan body fender kereta.. ( tayar tidak bergesel dengan body)
    -Selepas itu, pusing tayar kekiri dan kekanan untuk mengukur selebar mana pusingan tayar itu ( supaya tak touching pula pada dinding dalaman ruang tayar)


    kalau guna sport rim besar sangat dan tayar tebal sangat maka rapat la tayar dengan fender tu.Kereta jadi tinggi...jadi secara otomatik pusat gravity pun tinggi jugak...tak stabil tuh... tapi kalau guna tayar tipis kecil maka jauh la sikit jarak antara tayar dan fender..Tapi risiko pakai tayar nipis ni Kalau langgar lubang..sekejap aje meletop tayar tu dan sport rim cepat bengkok..

    4- Sebenarnya saiz sport rim perlu berdasarkan standard power kereta sebab bering roda, mounting dan drive shaft tak cepat rosak kalau sport rim nya sesuai!..Andai kata korang nak gak tukar sport rim yang jauh lebih besar ( 16 inch...17 inch ) maka bearing asal kena tukar baik punya sebabnya bearing asal itu pastinya tidak mampu bertahan lama... Jika guna sport rim yang terlampau besar plak berkemungkinan drive shaft tak dapat nak handle.. memendekkan jangkahayat peralatan penyerap hentak, clearance terkeluar, aligment susah masuk, serta kesan pada stereng. semua undercharage bush dan arm dan balljoint habis kena tukar.


    5-Semua Jenis Sportrim sama ada kereta apa pun standard dia mengikut size dan stud pattern/PCD pattern (jarak antara 1 pemegang skru sama lain)
    P.C.D = Pitch Circle Diameter - bolt pattern untuk wheel tersebut Ini dikira daripada center of the bolt hole atau saiz Nut
    Contoh 4x100, ini bermaksud 4 lugs dengan 100mm diameter dari tengah bolt ke tengah bolt yang bertentangan.


    Sebenarnya lain kereta lain PCD & nombor lugs mengikut jenis kereta masing-masing. So kalau boleh jangan gatal ubah lebih-lebih semata-mata nak masuk rim pilihan hati tanpa mengambil kira aspek keselamatan.. contoh dari tukar PCD 100 (Wira, satria, putra, Honda civic) kepada
    PCD114 ( Saga/Iswara, perdana, gallant,evo 1,2 & 3)








    6- Perlu pastikan ukuran OFFSET bersesuaian. Offset ni maksudnya jarak daripada tengah RIM tersebut ke permukaan…Secara tidak langsung offset ini dapat ditentukan sedalam mana tayar.


    Contohnya 
    a) +40 : positif offset, spoke lebih dekat ke permukaan luar, tetapi Tayar lagi ke dalam pada wheel arch kita.
    b) +20 : spoke rim tersebut lebih ke dalam, rim tersebut kelihatan berbentuk cengkung ke dalam











    7- Jika mempunyai sport rim yang berat, ia mengurangkan daya pecutan, sekali gus menambah penggunaan petrol.Performent kereta korang juga mungkin berkurangan juga.. kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedometer tidak merekodkan bacaan yang tepat.

    8- Perlu diberi tumpuan, memastikan lubang skru pada sport rim sesuai dengan kereta kerana sesetengah model mempunyai lebih daripada empat skru.

    9- Jika membeli rim terpakai, pastikan ia tidak retak atau bengkok kerana boleh mendatangkan risiko kepada pemandu dan penumpang. Menggunakan rim bengkok juga menyebabkan bunga tayar haus secara tidak rata, manakala rim retak pula boleh menyebabkan ia pecah ketika melalui jalan berlubang atau terhentak pada bonggol.

    10- Mencari corak/patern pada rim juga adalah penting kerana kesilapan memilih patern rim akan mencacatkan keunikan dan kecantikkan kenderaan itu sendiri. actually, sport rim design ni subjective. depends on kesesuaian dengan kereta. try to match dulu baru pilih. ade kereta yang tak sesuai dengan lips, ade yang sesuai banyak jari. Ok ada gak yang akan mencari jenis rim yang mempunyai 2-piece mahupun 3-piece.




    11- Warna pada sport rim juga perlu sesuai dengan colour kereta selalunya sport rim yang ada berwarna Metal Grey, Genetic Silver, Bronze Garnet, Tranquility Black… Ada pulak yang suka guna warna chrome berkilat-kilat… ada gak yang guna hitam mati ajerr… kalau ada yang lebih berani nak nampak ranggi guna warna terang macam Chiffon Green atau Brilliant Red.

    12- Kebanyakkan pemilik adalah cenderung untuk mencari sport rim terpakai dan berjenama dan antara jenama yang menjadi rebutan adalah seperti JRD, advan,enkei,oz, spoon ,volk TE37 dan lain-lain.. Tapi korang pasti tak sport rim korang tu original atau tidak.. Ok saya bagi petunjuk sikit.. First tengok harga kalau murah sangat pun kita dah leh agak sangsi.. angkat sebelah tangan je sport rim tu... Ringan atau tidak.. dari segi original kalau rim jepun macam enkei ade cop timbul ada sticker kecik... tapi enkei, yang lokal takde ... kalau japan nye rim kat belah dalam tu ada cop made in japan... lagi satu selalunya memang ada Certificate sport rim tu.

    13-Ada masalah sikit pada sesapa yang pakai sport rim yang mahal-mahal ni yerr... Masalah kecurian Sport rim kereta... Pencuri Ambik Sport rim dan tayar ganti dengan batu bata....Jadi Nasihat saya pakailah Lock nut tire yang mempunyai bunga pembuka yang tak sama ngan pembuka tayar yang ade sekarang ni... yang pastinya kalau dia tak boleh buka pun sukar buka nut tayar tu.


    14- Satu masalah yang jarang orang nampak bila guna sport rim besar ni… Bila mana tetiba tayar bocor timbul satu problem...tayar spare yang ada kat bonet belakang tu pulak kecik... So kalau boleh tukar lah sekali Spare tayar tu … Kalau tak jalan senget pulak kereta korang

    Kadang kala tu tempat letak tayar spare pon kecik...tak muat nak letak tayar yang bocor tadi...ambik banyak space dalam bonet... Walau pun nampak perkara ni remeh tapi bila terjadi menyulitkan jugak


    Fiber Carbon Sticker

    Sticker ni jenis yang ada tekstur dan boleh rasa kat atas permukaan.Sticker carbon sulam ni dipasang bagi mereka yang inginkan keunikan pada kenderaan masing-masing,( bentuk macam sisik ular) ianya lebih tahan dan bentuknya timbul pada permukaan sticker tersebut. structure macam fabric sket.. mahal lah harga nya...so nampak mcm bonet carbon ori..tp harga from RM400++ to RM 600++ tgok pada gred.( untuk satu bonet)



    Terdapat banyak pengeluar sticker fiber carbon , tetapi antara yg popular ialah 3M. 3M ni dikenali kerana ketahanan dan kualiti produk nye.. Sekarang pun teknologi dah canggih. Sticker yg dikeluarkan pun dah menarik dan yg terkini bentuk 3D pada sticker tu sendiri. Dah hampir nak sama macam ori fiber carbon tu.

    Kalau nak pasang cari brand 3M. tahan panas sebab sticker tu kalau 3M ori dia takkan lekang walaupun panas.. jangan risau tak akan tertanggal.

    Tips Penjagaan Kereta

    Kebanyakan dari kita termasuk saya sendiri bukanlah pakar di dalam penjagaan kereta.
    Memang terdapat servis yang khusus, terutama kereta baru, namun ramai jugak mekanik yang suka ambik kesempatan. Selain servis tukar minyak hitam atau minyak enjin terdapat jugak aspek lain, seperti cara pemanduan dan cara untuk tahu kenderaan kita sakit atau tak, so korang kena peka dengan sebarang perubahan bunyi, minyak yang tumpah, asap yang keluar.Malahan bahagian yang tidak melibatkan enjin juga perlu diberikan perhatian,contohnya tayar atau getah serta plastik juga pada kenderaan atau kereta perlu diberikan perhatian. Penjagaan kereta ni jugak bergantung kepada pemilik kenderaan tersebut, kalau korang sanggup serah segalanya kepada mekanik,tak jadi hal jika mekanik tu jujur...tapi bagaimana jika mekanik tu menipu, Banyak bengkel buat duit dengan cara nie, bukan saya kata semua tapi ada yang tak jujur...so bagaimana nak jaga kereta korang supaya tahan lama? Berikut adalah tips ringkas

    Tip 1
    Memeriksa dan menukar minyak hitam atau minyak enjin secara berkala atau berjadual, pastikan juga tidak berlaku sebarang kebocoran pada pam minyak. Pertukaran minyak hitam memastikan enjin terpelihara dengan baik. Pengguna minyak semi sintetik atau fully sentetik juga boleh mempengaruhi prestasi enjin kita

    Tips 2
    Sistem cooler atau penyejuk pada kenderaan juga perlu diberikan perhatian, cecair penyejuk atau air perlu diperiksa secara berkala, pastinya ianya sentiasa mencukupi.

    Tip 3
    Tukar minyak enjin dan minyak gear secara berkala dan mengikut jadual yang ditetapkan. Walaupun jarang berlaku masalah,namun perhatian kepada kedua dua jenis minyak nie penting kerana jika berlaku kebocoran, lagi banyak kos yang korang perlu tanggung

    Tip 4
    Bersihkan kenderaan anda setiap bahagian...emm nie paling sukar kan...namun itulah hakikatnya, boleh je hantar ke car wash tapi korang perlu pastikan juga kekotoran di kawasan tayar, pastikan tidak berlaku sebarang kebocoran pada getah yang melindungi drive sharp yang boleh menyebabkan anda terpaksa menanggung kos yang tinggi.

    Tip 5
    Gunakan minyak yang sesuai untuk setiap bahagian yang memerlukan minyak, terutama bahagian enjin

    Tip 6
    Membasuh kereta memang penting untuk menjaga kereta anda, namun polish juga perlu ,untuk memastikan korang menyingkir tar atau kotoran lain. Tar sebagai contohnya halus je, namun sekali melekat dekat keta korang, seksa nak membuangnya walaupu kecil je tar tu.

    Tip 7
    Guna gris oil bagi sendi atau part kenderan yang sering kali dibuka dan tutup

    Tip 8
    Untuk bahagian dalaman kereta, jaga bahagian plastik dengan baik. Jangan jemur kenderaan tengah panas, kalau terpaksa jugak, korang gunakan cover pelindung yang sesuai.

    Petua 9
    Memeriksa, bersihkan cover plastik yang menutup bahagian dalaman tayar. 

    Tip 10
    Periksa minyak brek dengan berkala, pastikan ianya mencukupi, dan tidak berkurangan.Minyak brek, serta pad break juga perlu diperiksa secara berkala.